Saturday, February 26, 2011

Bacheloretta & Birthday Party

Actually,pada awalnya I memang plan untuk mengadakan majlis pre-wedding shot bersama Rf Studio. Tapi , memandang En. Tunang yang x sihat terpaksa dibatalkan di saat terakhir. Selain itu, En. Tunang menghadapi masalah dengan borang nikah gara2 seorang imam x nak sign borang nikah tersebut. Pada awlnya, En. Tunang sudah membuat appointment seminggu lebih awl. Malah , follow up call sehari sebelum pertemuan. Bila tiba masanya ,En. Tunang bersama 2 saksi telah dibiarkan lama di luar dan imam hanya membalas sibuk . Sudahla En. Tunang sedang bekerja terkejar2 ke rumah tok imam bersama 2 saksi. Dan hari ni , terpaksalah En. Tunang menunggu tok imam yang lain untuk menyain borang.Kesian En. Tunang !!!
On the last minutes, I changed my mind to organise Bacheloretta & Birthday Party at Fullhouse Sunway Giza Mall, Kota Damansara. For all Bridezilla, I highly recommend this palace for pre-wedding or Bacheloretta Party. Firstly, the venue is look like Drama Series-Fullhouse. Secondly, the place is new and not crowded with many people. And finally, the style, decoration and stuff is English design.
Thanks to Tiqah, Yanie and Diang for their supportive . Really appreciate and love u all always..mmuah ...









Happy Birthday ..Ella

Sejak akhir-akhir ini, I senang sangat nak mengalirkan air mata. Hati selalu memberontak dengan manusia di sekeliling yang kejam.Dalam bulan ini rasanya ada lebih 10 kali aku menitiskan air mata. Really stress..stress di tempat kerja.Unhappy ..not in good mood.Tahun ini tahun yang sangat menyedihkan dalam kehidupan yang bernama Norazilah.Kenapalah ..berat sungguh dugaan ini? Bagaimana harus I menghadapi setiap masalah ? Maybe permulaan tahun baru ini agak menyakitkan dan I sebagai manusia seharusnya bersabar dengan setiap dugaan ini. Tapi dugaan demi dugaan ini x termampu ditanggung seorang.Allah benar2 ingin menguji kemampuan diriku ..dan mungkin ini pembalasan ke atas diriku yang semakin hari semakin lalai dengan tanggungjawabku terhadapnya. Ya Allah, ampunilah dosaku..aku benar2 berdosa terhadapmu. Kali ini , aku benar menyesal atas perbuatanku.

Monday, February 7, 2011

Rewang Kawin vs Wedding Planner

Frustnya bila orang merendah-rendahkan kita. Majlis belum lagi bermula tapi mulut2 x ada insurans dah berbunyi. Salah ker kalau I arrange wedding sendiri without wedding planner? Salah ke kalau I buat pilihan sendiri dlm menentukan majlis impian I?Salah ke I menggunakan duit sendiri untuk melakukannya? I sendiri kluar kan duit untuk blanja majlis kahwin tanpa bantuan sesiapa.Senang2 sahaja orang nak memperlekehkan kita. Biasalah lagi 2 bulan terakhir ini, agak sibuk sikit nak buat follow up.Memang sepatutnya kita buat follow up dari segi pelamin, baju,wedding card, wedding cake , photographer and so on.By follow up email or sms or phone kita dapat nyatakan apa yg dikehendaki.Kita x kan was2 dan curiga dan lebih berkeyakinan dengan service mrk. Malah lagi 1 week,sepatutnya kita inform dan mengingatkan vendor or supplier tentang tarikh, venue dan info2 penting.
Pernah kawan I kawin mak andam boleh call cakap baju nikah U x ada dalam butik. X jumpa sedangkan majlis dah nak bermula lagi 2 jam. Lepas tu, terkocoh2 mak andam dtg dgn baju dan tudung x bergosok.Siap suruh kawan2 pengantin yang tolong gosokkan. Masa sanding lagi haru biru. Baju sanding lelaki x ada.Nasib baik kawan I tu ada cousin yg punya baju warna purple so terpaksa arrange ke rumah lelaki. Alih2 pkl 2.30 baru bersanding. Muka kawan I dah muncung sedepa & x happy sahaja atas pelamin. Memang x ada mood lansung gara2 mak andam yg buat hal.Sebolehnya2 benda mcm ini yg I paling takut. I x nak apa yg berlaku pada kawan I akan berlaku pada I. Kena belajar dari pengalaman.
Bukan maksud kita x hire wedding planner kita ini x kaya x mampu.Bukan itu ukuran kekayaan seseorang.Niat kena betul.Kita kena pasang niat yg majlis perkahwinan utk menjemput tetamu untuk memberitahu yg kita sudah berkahwin. Dan bersama2 doakan kebahagiaan kita.Bukan untuk show off. Dan I ingin melakukannya sendiri dengan bantuan dan sokongan dari ahli keluarga & saudara mara.Hidup Rewang Kawin!!!

Sunday, February 6, 2011

Telur Lambang Kesuburan



Telur sebenarnya adalah lambang kesuburan.Seingat I masih sewaktu kecik, I paling suka makan telur pengantin.Dan sehingga dewasa ini,I masih lagi suka makan telur pengantin.X tahulah rasanya mcm berbeza sedikit. Telur pengantin lebih sedap dari telur biasa. Mesti makan dengan kicap Cap Daun.Dulu Cap Daun la paling sedap skrg Cap kipas udang hehe..
Zaman dahulu telur hanya dibungkus dalam tisu, kad manila ,kad lutsinar seumpama bakul atau bunga telur.Ada warna coklat atau merah. Kalau merah dibancuh sirap. Warna coklat namanya telur pindang. Telur pindang ini agak rumit pembuatannya. Perlu direbus 4 hari 3 malam bersama2 dengan daun2 dan herba.X kira mcm mana jenisnya,mcm x sah kahwin kalau tidak ada telur pengantin. Telur pengantin kan identiti perkahwinan melayu. Sebutir telur gred A harganya hanya 30 sen.Mungkin kerana harganya x seberapa, tetapisebenarnya pemberian telur adalah yang paling bererti dalam perkahwinan melayu.Pernah I tgk pelamin kahwin kawan I kosong 2 paharnya kerana semua staf bangsa Cina berebut meminta dari pengantin. Melihatkan gelagat dan teletah mrk buat I ketawa dan tersenyum.Mereka mengambil gambar di pelamin sambil memegang bunga telur masing dgn pelbagai aksi.Betapa mrk menghargai dan suka identiti ini.
Memandangkan tema I, Malay Kontemporari door gift untuk tetamu adalah pemberian bunga telur. Bunga telur itu buatan sendiri lagi.Mummy I ambil masa 3 bulan untuk menyiapkan 1000 cucuk bunga telur.Maaflah I x ada darah seni.Mungkin simple bagi sesetengah orang tapi bagi I Cantik & Superb.



Thursday, February 3, 2011

English Vintage- For Nikah Day



I like English Vintage!!I like the theme color of turquise blue + red roses, turquise + white, turquise + damask brown,turquise + yellow and so on.I keep on change the colour until decide to choose turquise + green.Cantikkan!!X sabarnya nak merealisasikan impian I.Disebabkan majlis nikah lebih kpd English Vintage,I telah mengimport owner dan chef western food yang terkenal di Ampang untuk menyediakan makanan western dirumah. hehe....Actually he is my cousin.X sabarnya nak makan lamb chop, lamb grill, chicken chop, fish & chips, garden salad,mushroom soup with garlic bread so on.Furthermore,a candy buffet for children section.Its will have a lot of candy, contton candy,money candy and chocolate fundae. hehe.....I know all my anak saudara yang kecil mesti suka..include cousins and aunty I.My house will be surrounding with bubble light. Jangan terkejut kalau ada lampu minyak tanah di sekeliling rumah seperti hari raya hehe...

Wednesday, February 2, 2011

Cerewet Giler ... Jadi Stress!!





Memang susah menjadi orang yang cerewet giler. X kira dalam segi apa pun sentiasa nak perfect.Tapi orang x sedar cerewet ini sebenarnya tidak akan merugikan dan memalukan diri sendiri di kemudian hari. I boleh dikatakan sangat la demanding dalam soal majlis dan kerja. Tapi dek kerana kecerewetan ini,yang membuatkan I semakin hari semakin stress. Semuanya perlu diuruskan sendiri dan teratur.Majlis perkahwinan yang tinggal 2 bulan betul2 membuatkan I bertambah stress. Macam2 perlu dilakukan termasuk menukar disaat terakkhir kerana bajet ciput tapi selera besar. Lebih2 lagi soal pelamin di dewan dan di rumah,hantaran,baju, katil, kad kahwin,door gift dan sebagainya.Bagi I,majlis perkahwinan adalah majlis yang menjadi impian sejak dari kecil lagi. Semuanya perlu cantik dan superb.Kerana itu,I lebih suka menguruskan mengikut pilihan dan bajet I.Tapi bagi orang yang berkemampuan dan mahu berbelanja lebih diserahkan kepada wedding planner.Tanpa kita sedari, perbelanjaan itu terlalu tinggi kosnya sehingga tidak realistik amountnya.Kebaikkan menguruskan majlis sendiri menjimatkan kos tapi bukan tenaga. Tapi tanpa kita sedari idea, seni dan hasil sentuhan kita akan dirasai oleh tetamu yang menghadiri.Jika menggunakan wedding planner , anda sebenarnya mambeli hasil sentuhan mereka.Tiada identiti sendiri.Dan kadang2 idea itu sama dengan majlis kahwin lain. tidak salah menggunakan khidmat wedding planner asalkan jangan terlalu bergantung dan semestinya ideanya datang dari minda kita sendiri.

01.01.2010...Majlis Pertunangan


Caterer - Own
Canopy - Melur Canopy, Sijankang,Banting
Pelamin - DIY
Make up - Sherry
Attire - Sherry
Doorgift- Dodol, coklat , bunga telur & muffin
Hantaran- DIY (15 dulang dari Pihak Perempuan & 11 dulang dari Pihak Lelaki)
Photogrpher- Cousin & Friends.
Theme colour- Pink & Grey

Alhamdulilah..majlis pertunangan berjalan lancar mengikut adat.Rata2 memuji makanan, pelamin,attire dan yang lebih penting make up. I pun x menyangka majlis ini begitu meriah ..grand & superb.Kami menerima kehadiran tetamu hampir 250 org. I la yang memecahkan tradisi mini pelamin fresh flower di hari pertunangan di kalangan ahli keluarga.Malah siap order canopy Arabian bertemakan scallop pink & grey. Malah pemilihan bunga orked sebagai centerpiece mencantikkan suasana majlis tersebut.Pelamin itu memang kelakar. Sakit duduk atas tu sebab diperbuat dari pallet yg berlubang. Seminggu nak bertunang baru dibuat.Pasu dibeli RM60 untuk 2 biji sisi pelamin.Lapik pink satin pada asalnya untuk baju tunang.Bunga lily dan sundal malam dibeli di pasar besar klang pada harga rm70 sehari sebelum.Langsir dan bunga artificial pinjam dari aunty.Dan pillow tu haha....pada asalnya pillow sofa sahaja.X percayakan!!! mix & match. x semestinya perlukan duit yang mahal untuk hasilkan mini pelamin ini. Thanks for mummy yg begitu sportive and aunty which have a brilliant idea. Dari segi makanan boleh dikatakan skala 8/10(hasil feedback yg diterima).Menu utama pada hari tu ialah nasi putih, masak lemak cili padi daging salai, telur asin, ayam goreng rempah,ulam2, sambal tumis & sayur campur. Menu tambahan seperti roti jala kari daging, karipap dan pelbagai jenis kuih muih(lebih 5 jenis).I juga turut menempah satay sebanyak 1000 cucuk yang dibakar panas sewaktu majlis berlansung. I rasa happy dan berbesar hati kerana saudara mara sudi menyumbangkan tenaga,masa, door gift malah hantaran semasa majlis ini. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu membalas budi dan jasa baik kerana bersama2 menjayakan majlis yang begitu sempurna dan indah ini.














Dari Berkenalan..Percintaan..Pertunangan




01.01.2010 ..tarikh pertunangan bagi I & Syah. Dan 2 bulan lagi kami akan disatukan..Insyaallah. Rasa mcm x percaya sahaja. 10 tahun lepas kami masih lagi bersekolah di Tingkatan 5. Orang lain sibuk study maut dgn SPM tapi kami sibuk bercinta. Detik perkenalan kami bermula daripada telefon dari seorang hamba allah. Dari panggilan telefon tanpa mengenal rupa paras akhirnya masing2 tertarik sesama sendiri. Hampir 4 bulan kami x bersua muka sebab janji kami lepas SPM.Bagi I & Syah ,ini cinta pertama kami. Tapi jodoh kami hanya mampu bertahan selama setahun.Kami mula bertemu semula pada tahun 2002. Mungkin kerana cinta dan sayang yang mendalam akhirnya kami menyambung semula.Alhamdulilah ..kami belajar untuk mengenali diri, kesabaran,persefahaman dan belajar bersikap matang. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa ditempuh demi cinta ini.Kami berjuang bersungguh-sungguh walaupun mendapat tentangan.Pernah suatu ketika I betul2 give up tapi dek kerana sayang dan cinta yang membuatkan I bersabar.Letih betul bercinta ni. Dari berkenalan , kena belajar mengenal dirinya,bersikap memahami, memujuk rayu waktu bergaduh, mencari persefahaman dan sebagainya. Betul la bak kata pepatah cinta ini umpama menanam pokok bunga.Nak dibajai , disirami. dilindung dari serangan lebah.Alhamdulilah pada tahun 2007, kami menerima satu brita gembira. Rupanya2 kami ni bersaudara.Perkara ini telah membuka hati seseorang .I semakin hari semakin diterima oleh seisi keluarga Syah. Begitu juga Syah. Malah bertambah erat kasih sayang yang diterima dari seisi keluarga Syah. Arwah Atuk, Nenek, Ibu , Mak Long, Aunty Azah, Mak Usu dan x mampu diucapkan di sini insan2 yang berada disekeliling kami semuanya menerima diri ini dengan seadanya.Alhamdulilah ..syukur x terhingga.Majlis risik dijalankan pada 11.10.2010 semasa Hari Raya.Pertunangan ini mengeratkan lagi silahturrahim antara kedua2 keluarga.Dan kini menunggu tarikh 8.04.2011 untuk disatukan. Doa kami agar perkahwinan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Dan doakan kami agar perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. AMIN!!!