Sunday, February 6, 2011

Telur Lambang Kesuburan



Telur sebenarnya adalah lambang kesuburan.Seingat I masih sewaktu kecik, I paling suka makan telur pengantin.Dan sehingga dewasa ini,I masih lagi suka makan telur pengantin.X tahulah rasanya mcm berbeza sedikit. Telur pengantin lebih sedap dari telur biasa. Mesti makan dengan kicap Cap Daun.Dulu Cap Daun la paling sedap skrg Cap kipas udang hehe..
Zaman dahulu telur hanya dibungkus dalam tisu, kad manila ,kad lutsinar seumpama bakul atau bunga telur.Ada warna coklat atau merah. Kalau merah dibancuh sirap. Warna coklat namanya telur pindang. Telur pindang ini agak rumit pembuatannya. Perlu direbus 4 hari 3 malam bersama2 dengan daun2 dan herba.X kira mcm mana jenisnya,mcm x sah kahwin kalau tidak ada telur pengantin. Telur pengantin kan identiti perkahwinan melayu. Sebutir telur gred A harganya hanya 30 sen.Mungkin kerana harganya x seberapa, tetapisebenarnya pemberian telur adalah yang paling bererti dalam perkahwinan melayu.Pernah I tgk pelamin kahwin kawan I kosong 2 paharnya kerana semua staf bangsa Cina berebut meminta dari pengantin. Melihatkan gelagat dan teletah mrk buat I ketawa dan tersenyum.Mereka mengambil gambar di pelamin sambil memegang bunga telur masing dgn pelbagai aksi.Betapa mrk menghargai dan suka identiti ini.
Memandangkan tema I, Malay Kontemporari door gift untuk tetamu adalah pemberian bunga telur. Bunga telur itu buatan sendiri lagi.Mummy I ambil masa 3 bulan untuk menyiapkan 1000 cucuk bunga telur.Maaflah I x ada darah seni.Mungkin simple bagi sesetengah orang tapi bagi I Cantik & Superb.



1 comment:

  1. uhh.. bunga telur ni... sape kat blkg tuh??

    ReplyDelete