![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAZOlhtkVroIzIhh2oFyWkwW6my1qODMZM6TcQ8E6TJgySgaVBGSkdIjIa7idex2WJI9Jm5oALZ1nC7SaFV3W0RXdEFGZJHNxRxuhP1UgtJjKJ-Mt4Q3IZrzSWGZA-0qnRQmQv5FrKBdA/s320/IMG_6980.jpg)
01.01.2010 ..tarikh pertunangan bagi I & Syah. Dan 2 bulan lagi kami akan disatukan..Insyaallah. Rasa mcm x percaya sahaja. 10 tahun lepas kami masih lagi bersekolah di Tingkatan 5. Orang lain sibuk study maut dgn SPM tapi kami sibuk bercinta. Detik perkenalan kami bermula daripada telefon dari seorang hamba allah. Dari panggilan telefon tanpa mengenal rupa paras akhirnya masing2 tertarik sesama sendiri. Hampir 4 bulan kami x bersua muka sebab janji kami lepas SPM.Bagi I & Syah ,ini cinta pertama kami. Tapi jodoh kami hanya mampu bertahan selama setahun.Kami mula bertemu semula pada tahun 2002. Mungkin kerana cinta dan sayang yang mendalam akhirnya kami menyambung semula.Alhamdulilah ..kami belajar untuk mengenali diri, kesabaran,persefahaman dan belajar bersikap matang. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa ditempuh demi cinta ini.Kami berjuang bersungguh-sungguh walaupun mendapat tentangan.Pernah suatu ketika I betul2 give up tapi dek kerana sayang dan cinta yang membuatkan I bersabar.Letih betul bercinta ni. Dari berkenalan , kena belajar mengenal dirinya,bersikap memahami, memujuk rayu waktu bergaduh, mencari persefahaman dan sebagainya. Betul la bak kata pepatah cinta ini umpama menanam pokok bunga.Nak dibajai , disirami. dilindung dari serangan lebah.Alhamdulilah pada tahun 2007, kami menerima satu brita gembira. Rupanya2 kami ni bersaudara.Perkara ini telah membuka hati seseorang .I semakin hari semakin diterima oleh seisi keluarga Syah. Begitu juga Syah. Malah bertambah erat kasih sayang yang diterima dari seisi keluarga Syah. Arwah Atuk, Nenek, Ibu , Mak Long, Aunty Azah, Mak Usu dan x mampu diucapkan di sini insan2 yang berada disekeliling kami semuanya menerima diri ini dengan seadanya.Alhamdulilah ..syukur x terhingga.Majlis risik dijalankan pada 11.10.2010 semasa Hari Raya.Pertunangan ini mengeratkan lagi silahturrahim antara kedua2 keluarga.Dan kini menunggu tarikh 8.04.2011 untuk disatukan. Doa kami agar perkahwinan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Dan doakan kami agar perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. AMIN!!!
No comments:
Post a Comment