Wednesday, February 2, 2011

01.01.2010...Majlis Pertunangan


Caterer - Own
Canopy - Melur Canopy, Sijankang,Banting
Pelamin - DIY
Make up - Sherry
Attire - Sherry
Doorgift- Dodol, coklat , bunga telur & muffin
Hantaran- DIY (15 dulang dari Pihak Perempuan & 11 dulang dari Pihak Lelaki)
Photogrpher- Cousin & Friends.
Theme colour- Pink & Grey

Alhamdulilah..majlis pertunangan berjalan lancar mengikut adat.Rata2 memuji makanan, pelamin,attire dan yang lebih penting make up. I pun x menyangka majlis ini begitu meriah ..grand & superb.Kami menerima kehadiran tetamu hampir 250 org. I la yang memecahkan tradisi mini pelamin fresh flower di hari pertunangan di kalangan ahli keluarga.Malah siap order canopy Arabian bertemakan scallop pink & grey. Malah pemilihan bunga orked sebagai centerpiece mencantikkan suasana majlis tersebut.Pelamin itu memang kelakar. Sakit duduk atas tu sebab diperbuat dari pallet yg berlubang. Seminggu nak bertunang baru dibuat.Pasu dibeli RM60 untuk 2 biji sisi pelamin.Lapik pink satin pada asalnya untuk baju tunang.Bunga lily dan sundal malam dibeli di pasar besar klang pada harga rm70 sehari sebelum.Langsir dan bunga artificial pinjam dari aunty.Dan pillow tu haha....pada asalnya pillow sofa sahaja.X percayakan!!! mix & match. x semestinya perlukan duit yang mahal untuk hasilkan mini pelamin ini. Thanks for mummy yg begitu sportive and aunty which have a brilliant idea. Dari segi makanan boleh dikatakan skala 8/10(hasil feedback yg diterima).Menu utama pada hari tu ialah nasi putih, masak lemak cili padi daging salai, telur asin, ayam goreng rempah,ulam2, sambal tumis & sayur campur. Menu tambahan seperti roti jala kari daging, karipap dan pelbagai jenis kuih muih(lebih 5 jenis).I juga turut menempah satay sebanyak 1000 cucuk yang dibakar panas sewaktu majlis berlansung. I rasa happy dan berbesar hati kerana saudara mara sudi menyumbangkan tenaga,masa, door gift malah hantaran semasa majlis ini. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu membalas budi dan jasa baik kerana bersama2 menjayakan majlis yang begitu sempurna dan indah ini.














No comments:

Post a Comment