Saturday, August 21, 2010
Panduan Perancangan Perkahwinan
12 Bulan sebelum
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu bernikah
* Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel, dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamusama ada terhidang atau bufet.
11 Bulan sebelum
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti di dipersetujui oleh kedua-dua pihak
* Mengikuti kursus perkahwinan
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan
* Membeli barang hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain
10 Bulan sebelum
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau sanak saudara
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda sesuai dengan bajet
9 Bulan sebelum
* Mengumpul nama tetamu
* Pilih katering atau masak sendiri.
* Pilih jurufoto & juruaudio sendiri
8 Bulan sebelum
* Menempah lokasi dan tarikh majlis(khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.
* Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor
7 Bulan sebelum
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin
* Memilih juru solek
6 Bulan sebelum
* Mula menempah kad perkahwinan
* Menghubungi kadi dan pejabat agama islam
* Menjalani ujian darah /HIV
5 Bulan sebelum
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit/menyendang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan /Kek pengantin/bunga pegang/penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
4 Bulan sebelum
* Pilih cincin kahwin
* Menyiapkan gubahan hantaran (sama ada membuat sendiri atau menempah)
3 Bulan sebelum
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya
* Mengatur penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
2 Bulan sebelum
* Menulis dan mengutuskan kad perkahwinan
* Bersama pasangan untuk menyendang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)
Sebulan sebelum
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin( mandi sauna , bunga , susu)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
* Pastikan segala tempahan pelamin,juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar
Pastikan aksesori yang anda ingin pakai pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara, dan kasut
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda. Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik
3 Minggu sebelum majlis berlansung
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar
* Ambil pakaian yang ditempah untuk majlis
* Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis
Seminggu sebelum
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urusetia jika terdapat perubahan
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
* Hindari konflik dan tenang hati
Di hari perkahwinan
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segalan perancangan berjalan dengan sebaik mungkin.
Friday, August 20, 2010
Tik ....tok....Tik ....tok...
Cepatnya masa berlalu.Tak sangka pejam celik dah masuk 7 bulan. Persiapan perkahwinan hehe.. belum pun bermula. Setiap hari tengok blog perkahwinan terus memasang keinginan untuk menjadikan hari yang bersejarah tu "Grand, Superb...Terindah"Tapi memandangkan badget yang agak sederhana terpaksa melepaskan kesemuanya. Mummy dan adik dah bagi amaran jangan membazir kerana selepas majlis perkahwinan perlu perancangan keluarga pula. Terpaksala aku memendam perasaan dan keinginan yang mendalam. Yang penting bersederhanalah kita kerana pembaziran itu memang tidak disukai oleh-Nya.
Key note:Rancanglah perkahwinan mengikut kemampuan diri-sendiri.Tetapkan budget anda
Seelok-eloknya berbincang bersama keluarga dan tunang.
Subscribe to:
Posts (Atom)